Al-Quran Online

Taip untuk mencari 114 surah, semua alat dan halaman. Tekan Enter untuk mencari dalam terjemahan ayat.

Surah Al-Mutaffifin (المطففين): Bacaan Penuh Arab, Rumi & Terjemahan

Baca Surah Al-Mutaffifin penuh 36 ayat dalam tulisan Arab, Rumi dan terjemahan Bahasa Melayu, dengan audio ayat demi ayat.

🎧 Baca & dengar dengan audio 5 qari

Ringkasan

Jawapan ringkas: Surah Al-Mutaffifin ialah surah ke-83 dalam Al-Quran, surah Makkiyyah yang mengandungi 36 ayat, dalam Juz 30 (muka surat 587–589 Mushaf Madinah). Nama Al-Mutaffifin bermaksud “Orang yang Curang”. Setiap huruf yang dibaca diberi ganjaran yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).

Dikemas kini: · Disediakan oleh pasukan editorial The Ilmu Alam · Cara kami menyemak

Fakta Surah Al-Mutaffifin

PerkaraKeterangan
Nombor surah83 daripada 114
Nama Arabالمطففين
Maksud namaOrang yang Curang
Bilangan ayat36
JenisMakkiyyah
JuzukJuz 30
Muka surat (Mushaf Madinah)587–589 (3 muka surat)

Bacaan Surah Al-Mutaffifin Penuh (36 Ayat)

Teks Arab Uthmani dan terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih, dipaparkan tanpa suntingan daripada dataset laman ini. Rumi hanya alat bantu bacaan. Tekan “▶ Dengar” untuk audio ayat itu dalam pembaca.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Ayat 1

▶ Dengar

وَيْلٌۭ لِّلْمُطَفِّفِينَ ﴿1﴾

Wailul lil mutaffifeen

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),

Ayat 2

▶ Dengar

ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكْتَالُوا۟ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسْتَوْفُونَ ﴿2﴾

Allazeena izak taaloo 'alan naasi yastawfoon

Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,

Ayat 3

▶ Dengar

وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ ﴿3﴾

Wa izaa kaaloohum aw wazanoohum yukhsiroon

Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Ayat 4

▶ Dengar

أَلَا يَظُنُّ أُو۟لَٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبْعُوثُونَ ﴿4﴾

Alaa yazunnu ulaaa'ika annahum mab'oosoon

Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?

Ayat 5

▶ Dengar

لِيَوْمٍ عَظِيمٍۢ ﴿5﴾

Li Yawmin 'Azeem

Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),

Ayat 6

▶ Dengar

يَوْمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴿6﴾

Yawma yaqoomun naasu li Rabbil 'aalameen

Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?

Ayat 7

▶ Dengar

كَلَّآ إِنَّ كِتَٰبَ ٱلْفُجَّارِ لَفِى سِجِّينٍۢ ﴿7﴾

Kallaaa inna kitaabal fujjaari lafee Sijjeen

Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin".

Ayat 8

▶ Dengar

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا سِجِّينٌۭ ﴿8﴾

Wa maa adraaka maa Sijjeen

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia "Sijjiin" itu,

Ayat 9

▶ Dengar

كِتَٰبٌۭ مَّرْقُومٌۭ ﴿9﴾

Kitaabum marqoom

Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).

Ayat 10

▶ Dengar

وَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ ﴿10﴾

Wailuny yawma'izil lil mukazzibeen

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan -

Ayat 11

▶ Dengar

ٱلَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ ﴿11﴾

Allazeena yukazziboona bi yawmid deen

Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.

Ayat 12

▶ Dengar

وَمَا يُكَذِّبُ بِهِۦٓ إِلَّا كُلُّ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ ﴿12﴾

Wa maa yukazzibu biheee illaa kullu mu'tadin aseem

Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!

Ayat 13

▶ Dengar

إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ ءَايَٰتُنَا قَالَ أَسَٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ ﴿13﴾

Izaa tutlaa'alaihi aayaatunaa qaala asaateerul awwaleen

(Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:" Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!"

Ayat 14

▶ Dengar

كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ ﴿14﴾

Kallaa bal raana 'alaa quloobihim maa kaanoo yaksiboon

Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Ayat 15

▶ Dengar

كَلَّآ إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍۢ لَّمَحْجُوبُونَ ﴿15﴾

Kallaaa innahum 'ar Rabbihim yawma'izil lamah jooboon

Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

Ayat 16

▶ Dengar

ثُمَّ إِنَّهُمْ لَصَالُوا۟ ٱلْجَحِيمِ ﴿16﴾

Summa innahum lasaa lul jaheem

Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka.

Ayat 17

▶ Dengar

ثُمَّ يُقَالُ هَٰذَا ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ﴿17﴾

Summa yuqaalu haazal lazee kuntum bihee tukazziboon

Akhirnya dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu."

Ayat 18

▶ Dengar

كَلَّآ إِنَّ كِتَٰبَ ٱلْأَبْرَارِ لَفِى عِلِّيِّينَ ﴿18﴾

Kallaaa inna kitaabal abraari lafee'Illiyyeen

Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam" Illiyiin".

Ayat 19

▶ Dengar

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا عِلِّيُّونَ ﴿19﴾

Wa maaa adraaka maa 'Illiyyoon

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Illiyiin" itu?

Ayat 20

▶ Dengar

كِتَٰبٌۭ مَّرْقُومٌۭ ﴿20﴾

Kitaabum marqoom

Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,

Ayat 21

▶ Dengar

يَشْهَدُهُ ٱلْمُقَرَّبُونَ ﴿21﴾

Yashhadu hul muqarra boon

Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.

Ayat 22

▶ Dengar

إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ ﴿22﴾

Innal abraara lafee Na'eem

Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:

Ayat 23

▶ Dengar

عَلَى ٱلْأَرَآئِكِ يَنظُرُونَ ﴿23﴾

'Alal araaa'iki yanzuroon

Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).

Ayat 24

▶ Dengar

تَعْرِفُ فِى وُجُوهِهِمْ نَضْرَةَ ٱلنَّعِيمِ ﴿24﴾

Ta'rifu fee wujoohihim nadratan na'eem

Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.

Ayat 25

▶ Dengar

يُسْقَوْنَ مِن رَّحِيقٍۢ مَّخْتُومٍ ﴿25﴾

Yusqawna mir raheeqim makhtoom

Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,

Ayat 26

▶ Dengar

خِتَٰمُهُۥ مِسْكٌۭ ۚ وَفِى ذَٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ ٱلْمُتَنَٰفِسُونَ ﴿26﴾

Khitaamuhoo misk; wa fee zaalika falyatanaafasil Mutanaafisoon

Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;

Ayat 27

▶ Dengar

وَمِزَاجُهُۥ مِن تَسْنِيمٍ ﴿27﴾

Wa mizaajuhoo min Tasneem

Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":

Ayat 28

▶ Dengar

عَيْنًۭا يَشْرَبُ بِهَا ٱلْمُقَرَّبُونَ ﴿28﴾

'Ainaiy yashrabu bihal muqarraboon

laitu matair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).

Ayat 29

▶ Dengar

إِنَّ ٱلَّذِينَ أَجْرَمُوا۟ كَانُوا۟ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ يَضْحَكُونَ ﴿29﴾

Innal lazeena ajramoo kaanoo minal lazeena aamanoo yadhakoon

Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.

Ayat 30

▶ Dengar

وَإِذَا مَرُّوا۟ بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ ﴿30﴾

Wa izaa marroo bihim yataghaamazoon

Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).

Ayat 31

▶ Dengar

وَإِذَا ٱنقَلَبُوٓا۟ إِلَىٰٓ أَهْلِهِمُ ٱنقَلَبُوا۟ فَكِهِينَ ﴿31﴾

Wa izan qalabooo ilaaa ahlihimun qalaboo fakiheen

Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira;

Ayat 32

▶ Dengar

وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوٓا۟ إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ لَضَآلُّونَ ﴿32﴾

Wa izaa ra awhum qaalooo inna haaa'ulaaa'i ladaaal loon

Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!"

Ayat 33

▶ Dengar

وَمَآ أُرْسِلُوا۟ عَلَيْهِمْ حَٰفِظِينَ ﴿33﴾

Wa maaa ursiloo 'alaihim haafizeen

Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu!

Ayat 34

▶ Dengar

فَٱلْيَوْمَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنَ ٱلْكُفَّارِ يَضْحَكُونَ ﴿34﴾

Fal yawmal lazeena aamanoo minal kuffaari yadhakoon

Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.

Ayat 35

▶ Dengar

عَلَى ٱلْأَرَآئِكِ يَنظُرُونَ ﴿35﴾

'Alal araaa'iki yanzuroon

Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).

Ayat 36

▶ Dengar

هَلْ ثُوِّبَ ٱلْكُفَّارُ مَا كَانُوا۟ يَفْعَلُونَ ﴿36﴾

Hal suwwibal kuffaaru maa kaanoo yaf'aloon

(Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): "Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?"

Kelebihan Membaca Surah Al-Mutaffifin

Tiada hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah Al-Mutaffifin setakat semakan kami. Ganjaran membaca Al-Quran secara umum:

  • Setiap huruf Al-Quran yang dibaca diberi satu kebaikan, dan satu kebaikan digandakan sepuluh kali. (HR At-Tirmizi 2910)
  • Orang yang mahir membaca Al-Quran bersama para malaikat yang mulia, dan orang yang membacanya tersekat-sekat dengan susah payah mendapat dua pahala. (HR Al-Bukhari 4937 dan Muslim 798)

Baca artikel penuh kelebihan dan tafsiran Surah Al-Mutaffifin di ilmualam.com ↗

Soalan Lazim: Surah Al-Mutaffifin

Berapa ayat dalam Surah Al-Mutaffifin?

Surah Al-Mutaffifin mengandungi 36 ayat (kiraan Kufah, riwayat Hafs) dan ialah surah ke-83 dalam Al-Quran.

Surah Al-Mutaffifin dalam juzuk berapa?

Surah Al-Mutaffifin terletak dalam Juz 30, pada muka surat 587–589 Mushaf Madinah 604 muka surat.

Apakah maksud Surah Al-Mutaffifin?

Nama Al-Mutaffifin bermaksud “Orang yang Curang”. Ia surah Makkiyyah, iaitu diturunkan sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah.

Adakah hadis tentang kelebihan khusus Surah Al-Mutaffifin?

Kami tidak menemui hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah Al-Mutaffifin. Ganjaran umum membaca Al-Quran tetap berlaku: setiap huruf diberi satu kebaikan yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).

Adakah bacaan Rumi Surah Al-Mutaffifin di sini cukup untuk belajar membaca?

Rumi hanya alat bantu. Ia tidak dapat menggambarkan makhraj dan hukum tajwid dengan tepat, jadi gunakan bersama audio qari dan sebaik-baiknya belajar secara bertalaqqi dengan guru.

Surah Sebelum, Selepas & Pilihan

Senarai 114 surah · Jadual khatam · Jadual hafazan · Juz 30 dan 29 juzuk lain · Sumber teks

Alat Lain