Ayat 1
▶ Dengarإِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ ﴿1﴾
Izas samaaa'un shaqqat
Apabila langit terbelah,
Taip untuk mencari 114 surah, semua alat dan halaman. Tekan Enter untuk mencari dalam terjemahan ayat.
Baca Surah Al-Insyiqaq penuh 25 ayat dalam tulisan Arab, Rumi dan terjemahan Bahasa Melayu, dengan audio ayat demi ayat.
Jawapan ringkas: Surah Al-Insyiqaq ialah surah ke-84 dalam Al-Quran, surah Makkiyyah yang mengandungi 25 ayat, dalam Juz 30 (muka surat 589 Mushaf Madinah). Nama Al-Insyiqaq bermaksud “Terbelah”. Setiap huruf yang dibaca diberi ganjaran yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).
| Perkara | Keterangan |
|---|---|
| Nombor surah | 84 daripada 114 |
| Nama Arab | الانشقاق |
| Maksud nama | Terbelah |
| Bilangan ayat | 25 |
| Jenis | Makkiyyah |
| Juzuk | Juz 30 |
| Muka surat (Mushaf Madinah) | 589 (1 muka surat) |
| Ayat sajdah tilawah | ayat 21 |
Teks Arab Uthmani dan terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih, dipaparkan tanpa suntingan daripada dataset laman ini. Rumi hanya alat bantu bacaan. Tekan “▶ Dengar” untuk audio ayat itu dalam pembaca.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillaahir Rahmaanir Raheem
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ ﴿1﴾
Izas samaaa'un shaqqat
Apabila langit terbelah,
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ ﴿2﴾
Wa azinat li Rabbihaa wa huqqat
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
وَإِذَا ٱلْأَرْضُ مُدَّتْ ﴿3﴾
Wa izal ardu muddat
Dan apabila bumi diratakan,
وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ ﴿4﴾
Wa alqat maa feehaa wa takhallat
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ ﴿5﴾
Wa azinat li Rabbihaa wa huqqat
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًۭا فَمُلَٰقِيهِ ﴿6﴾
Yaaa ayyuhal insaanu innaka kaadihun ilaa Rabbika kad han famulaaqeeh
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ ﴿7﴾
Fa ammaa man ootiya kitaabahoo biyameenih
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًۭا يَسِيرًۭا ﴿8﴾
Fasawfa yuhaasabu hi saabai yaseeraa
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًۭا ﴿9﴾
Wa yanqalibu ilaaa ahlihee masrooraa
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهْرِهِۦ ﴿10﴾
Wa ammaa man ootiya kitaabahoo waraaa'a zahrih
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
فَسَوْفَ يَدْعُوا۟ ثُبُورًۭا ﴿11﴾
Fasawfa yad'oo subooraa
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا ﴿12﴾
Wa yaslaa sa'eeraa
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
إِنَّهُۥ كَانَ فِىٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًا ﴿13﴾
Innahoo kaana feee ahlihee masrooraa
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
إِنَّهُۥ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ ﴿14﴾
Innahoo zanna al lai yahoor
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
بَلَىٰٓ إِنَّ رَبَّهُۥ كَانَ بِهِۦ بَصِيرًۭا ﴿15﴾
Balaaa inna Rabbahoo kaana bihee baseeraa
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلشَّفَقِ ﴿16﴾
Falaaa uqsimu bishshafaq
Maka Aku bersumpah, demi mega;
وَٱلَّيْلِ وَمَا وَسَقَ ﴿17﴾
Wallaili wa maa wasaq
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
وَٱلْقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ ﴿18﴾
Walqamari izat tasaq
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍۢ ﴿19﴾
Latarkabunna tabaqan 'an tabaq
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ﴿20﴾
Famaa lahum laa yu'minoon
Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ ٱلْقُرْءَانُ لَا يَسْجُدُونَ ۩ ﴿21﴾
Wa izaa quri'a 'alaihimul Quraanu laa yasjudoon
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يُكَذِّبُونَ ﴿22﴾
Balil lazeena kafaroo yukazziboon
(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
وَٱللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ ﴿23﴾
Wallaahu a'lamu bimaa yoo'oon
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿24﴾
Fabashshirhum bi'azaabin aleem
Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۭ ﴿25﴾
Illal lazeena aamanoo wa 'amilus saalihaati lahum ajrun ghairu mamnoon
Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.
Tiada hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah Al-Insyiqaq setakat semakan kami. Ganjaran membaca Al-Quran secara umum:
Baca artikel penuh kelebihan dan tafsiran Surah Al-Insyiqaq di ilmualam.com ↗
Surah Al-Insyiqaq mengandungi 25 ayat (kiraan Kufah, riwayat Hafs) dan ialah surah ke-84 dalam Al-Quran.
Surah Al-Insyiqaq terletak dalam Juz 30, pada muka surat 589 Mushaf Madinah 604 muka surat.
Nama Al-Insyiqaq bermaksud “Terbelah”. Ia surah Makkiyyah, iaitu diturunkan sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah.
Kami tidak menemui hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah Al-Insyiqaq. Ganjaran umum membaca Al-Quran tetap berlaku: setiap huruf diberi satu kebaikan yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).
Rumi hanya alat bantu. Ia tidak dapat menggambarkan makhraj dan hukum tajwid dengan tepat, jadi gunakan bersama audio qari dan sebaik-baiknya belajar secara bertalaqqi dengan guru.
Senarai 114 surah · Jadual khatam · Jadual hafazan · Juz 30 dan 29 juzuk lain · Sumber teks