Al-Quran Online

Taip untuk mencari 114 surah, semua alat dan halaman. Tekan Enter untuk mencari dalam terjemahan ayat.

Surah Al-A'la (الأعلى): Bacaan Penuh Arab, Rumi & Terjemahan

Baca Surah Al-A'la penuh 19 ayat dalam tulisan Arab, Rumi dan terjemahan Bahasa Melayu, dengan audio ayat demi ayat.

🎧 Baca & dengar dengan audio 5 qari

Ringkasan

Jawapan ringkas: Surah Al-A'la ialah surah ke-87 dalam Al-Quran, surah Makkiyyah yang mengandungi 19 ayat, dalam Juz 30 (muka surat 591–592 Mushaf Madinah). Nama Al-A'la bermaksud “Yang Maha Tinggi”. Nabi SAW membaca Al-A'la dan Al-Ghasyiyah dalam solat Hari Raya dan solat Jumaat. — HR Muslim 878.

Dikemas kini: · Disediakan oleh pasukan editorial The Ilmu Alam · Cara kami menyemak

Fakta Surah Al-A'la

PerkaraKeterangan
Nombor surah87 daripada 114
Nama Arabالأعلى
Maksud namaYang Maha Tinggi
Bilangan ayat19
JenisMakkiyyah
JuzukJuz 30
Muka surat (Mushaf Madinah)591–592 (2 muka surat)
Biasa dibacaSolat Jumaat dan Hari Raya

Bacaan Surah Al-A'la Penuh (19 Ayat)

Teks Arab Uthmani dan terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih, dipaparkan tanpa suntingan daripada dataset laman ini. Rumi hanya alat bantu bacaan. Tekan “▶ Dengar” untuk audio ayat itu dalam pembaca.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Ayat 1

▶ Dengar

سَبِّحِ ٱسْمَ رَبِّكَ ٱلْأَعْلَى ﴿1﴾

Sabbihisma Rabbikal A'laa

Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -

Ayat 2

▶ Dengar

ٱلَّذِى خَلَقَ فَسَوَّىٰ ﴿2﴾

Allazee khalaqa fasawwaa

Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;

Ayat 3

▶ Dengar

وَٱلَّذِى قَدَّرَ فَهَدَىٰ ﴿3﴾

Wallazee qaddara fahadaa

Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);

Ayat 4

▶ Dengar

وَٱلَّذِىٓ أَخْرَجَ ٱلْمَرْعَىٰ ﴿4﴾

Wallazeee akhrajal mar'aa

Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,

Ayat 5

▶ Dengar

فَجَعَلَهُۥ غُثَآءً أَحْوَىٰ ﴿5﴾

Faja'alahoo ghusaaa'an ahwaa

Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.

Ayat 6

▶ Dengar

سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰٓ ﴿6﴾

Sanuqri'uka falaa tansaaa

Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,

Ayat 7

▶ Dengar

إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُ ۚ إِنَّهُۥ يَعْلَمُ ٱلْجَهْرَ وَمَا يَخْفَىٰ ﴿7﴾

Illaa maa shaaa'al laah; innahoo ya'lamul jahra wa maa yakhfaa

Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.

Ayat 8

▶ Dengar

وَنُيَسِّرُكَ لِلْيُسْرَىٰ ﴿8﴾

Wa nu-yassiruka lilyusraa

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.

Ayat 9

▶ Dengar

فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكْرَىٰ ﴿9﴾

Fazakkir in nafa'atizzikraa

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

Ayat 10

▶ Dengar

سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ ﴿10﴾

Sa yazzakkaru maiyakhshaa

Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;

Ayat 11

▶ Dengar

وَيَتَجَنَّبُهَا ٱلْأَشْقَى ﴿11﴾

Wa yatajannabuhal ashqaa

Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,

Ayat 12

▶ Dengar

ٱلَّذِى يَصْلَى ٱلنَّارَ ٱلْكُبْرَىٰ ﴿12﴾

Allazee yaslan Naaral kubraa

Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),

Ayat 13

▶ Dengar

ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ ﴿13﴾

Summa laa yamootu feehaa wa laa yahyaa

Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

Ayat 14

▶ Dengar

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿14﴾

Qad aflaha man tazakkaa

Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),

Ayat 15

▶ Dengar

وَذَكَرَ ٱسْمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ ﴿15﴾

Wa zakaras ma Rabbihee fasallaa

Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

Ayat 16

▶ Dengar

بَلْ تُؤْثِرُونَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا ﴿16﴾

Bal tu'siroonal hayaatad dunyaa

(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;

Ayat 17

▶ Dengar

وَٱلْءَاخِرَةُ خَيْرٌۭ وَأَبْقَىٰٓ ﴿17﴾

Wal Aakhiratu khairunw wa abqaa

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Ayat 18

▶ Dengar

إِنَّ هَٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلْأُولَىٰ ﴿18﴾

Inna haazaa lafis suhu fil oolaa

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -

Ayat 19

▶ Dengar

صُحُفِ إِبْرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ ﴿19﴾

Suhufi Ibraaheema wa Moosaa

Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Kelebihan Surah Al-A'la (dengan Status Hadis)

  • Nabi SAW membaca Al-A'la dan Al-Ghasyiyah dalam solat Hari Raya dan solat Jumaat. (HR Muslim 878)

Baca artikel penuh kelebihan dan tafsiran Surah Al-A'la di ilmualam.com ↗

Soalan Lazim: Surah Al-A'la

Berapa ayat dalam Surah Al-A'la?

Surah Al-A'la mengandungi 19 ayat (kiraan Kufah, riwayat Hafs) dan ialah surah ke-87 dalam Al-Quran.

Surah Al-A'la dalam juzuk berapa?

Surah Al-A'la terletak dalam Juz 30, pada muka surat 591–592 Mushaf Madinah 604 muka surat.

Apakah maksud Surah Al-A'la?

Nama Al-A'la bermaksud “Yang Maha Tinggi”. Ia surah Makkiyyah, iaitu diturunkan sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah.

Bilakah waktu terbaik membaca Surah Al-A'la?

Solat Jumaat dan Hari Raya. Nabi SAW membaca Al-A'la dan Al-Ghasyiyah dalam solat Hari Raya dan solat Jumaat. — HR Muslim 878.

Adakah bacaan Rumi Surah Al-A'la di sini cukup untuk belajar membaca?

Rumi hanya alat bantu. Ia tidak dapat menggambarkan makhraj dan hukum tajwid dengan tepat, jadi gunakan bersama audio qari dan sebaik-baiknya belajar secara bertalaqqi dengan guru.

Surah Sebelum, Selepas & Pilihan

Senarai 114 surah · Jadual khatam · Jadual hafazan · Juz 30 dan 29 juzuk lain · Sumber teks

Alat Lain