Al-Quran Online

Taip untuk mencari 114 surah, semua alat dan halaman. Tekan Enter untuk mencari dalam terjemahan ayat.

Surah Al-Ghasyiyah (الغاشية): Bacaan Penuh Arab, Rumi & Terjemahan

Baca Surah Al-Ghasyiyah penuh 26 ayat dalam tulisan Arab, Rumi dan terjemahan Bahasa Melayu, dengan audio ayat demi ayat.

🎧 Baca & dengar dengan audio 5 qari

Ringkasan

Jawapan ringkas: Surah Al-Ghasyiyah ialah surah ke-88 dalam Al-Quran, surah Makkiyyah yang mengandungi 26 ayat, dalam Juz 30 (muka surat 592 Mushaf Madinah). Nama Al-Ghasyiyah bermaksud “Hari Pembalasan”. Nabi SAW membaca Al-A'la dan Al-Ghasyiyah dalam solat Hari Raya dan solat Jumaat. — HR Muslim 878.

Dikemas kini: · Disediakan oleh pasukan editorial The Ilmu Alam · Cara kami menyemak

Fakta Surah Al-Ghasyiyah

PerkaraKeterangan
Nombor surah88 daripada 114
Nama Arabالغاشية
Maksud namaHari Pembalasan
Bilangan ayat26
JenisMakkiyyah
JuzukJuz 30
Muka surat (Mushaf Madinah)592 (1 muka surat)
Biasa dibacaSolat Jumaat dan Hari Raya

Bacaan Surah Al-Ghasyiyah Penuh (26 Ayat)

Teks Arab Uthmani dan terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih, dipaparkan tanpa suntingan daripada dataset laman ini. Rumi hanya alat bantu bacaan. Tekan “▶ Dengar” untuk audio ayat itu dalam pembaca.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Ayat 1

▶ Dengar

هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَٰشِيَةِ ﴿1﴾

Hal ataaka hadeesul ghaashiyah

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

Ayat 2

▶ Dengar

وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ ﴿2﴾

Wujoohuny yawma 'izin khaashi'ah

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

Ayat 3

▶ Dengar

عَامِلَةٌۭ نَّاصِبَةٌۭ ﴿3﴾

'Aamilatun naasibah

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

Ayat 4

▶ Dengar

تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةًۭ ﴿4﴾

Taslaa naaran haamiyah

Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

Ayat 5

▶ Dengar

تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍۢ ﴿5﴾

Tusqaa min 'aynin aaniyah

Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

Ayat 6

▶ Dengar

لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍۢ ﴿6﴾

Laisa lahum ta'aamun illaa min daree'

Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

Ayat 7

▶ Dengar

لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍۢ ﴿7﴾

Laa yusminu wa laa yughnee min joo'

Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

Ayat 8

▶ Dengar

وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ نَّاعِمَةٌۭ ﴿8﴾

Wujoohuny yawma 'izin naa'imah

(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

Ayat 9

▶ Dengar

لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌۭ ﴿9﴾

Lisa'yihaa raadiyah

Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

Ayat 10

▶ Dengar

فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍۢ ﴿10﴾

Fee jannatin 'aaliyah

(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

Ayat 11

▶ Dengar

لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَٰغِيَةًۭ ﴿11﴾

Laa tasma'u feehaa laaghiyah

Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

Ayat 12

▶ Dengar

فِيهَا عَيْنٌۭ جَارِيَةٌۭ ﴿12﴾

Feehaa 'aynun jaariyah

Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

Ayat 13

▶ Dengar

فِيهَا سُرُرٌۭ مَّرْفُوعَةٌۭ ﴿13﴾

Feehaa sururum marfoo'ah

Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

Ayat 14

▶ Dengar

وَأَكْوَابٌۭ مَّوْضُوعَةٌۭ ﴿14﴾

Wa akwaabum mawdoo 'ah

Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

Ayat 15

▶ Dengar

وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌۭ ﴿15﴾

Wa namaariqu masfoofah

Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

Ayat 16

▶ Dengar

وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ ﴿16﴾

Wa zaraabiyyu mabsoosah

Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

Ayat 17

▶ Dengar

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ ﴿17﴾

Afalaa yanzuroona ilalibili kaifa khuliqat

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

Ayat 18

▶ Dengar

وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ ﴿18﴾

Wa ilas samaaa'i kaifa rufi'at

Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

Ayat 19

▶ Dengar

وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ ﴿19﴾

Wa ilal jibaali kaifa nusibat

Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

Ayat 20

▶ Dengar

وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ ﴿20﴾

Wa ilal ardi kaifa sutihat

Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

Ayat 21

▶ Dengar

فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌۭ ﴿21﴾

Fazakkir innama anta Muzakkir

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

Ayat 22

▶ Dengar

لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ ﴿22﴾

Lasta 'alaihim bimusaitir

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

Ayat 23

▶ Dengar

إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ ﴿23﴾

Illaa man tawallaa wa kafar

Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

Ayat 24

▶ Dengar

فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ ﴿24﴾

Fa yu'azzibuhul laahul 'azaabal akbar

Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

Ayat 25

▶ Dengar

إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ ﴿25﴾

Innaa ilainaaa iyaabahum

Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

Ayat 26

▶ Dengar

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم ﴿26﴾

Summa inna 'alainaa hisaabahum

Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

Kelebihan Surah Al-Ghasyiyah (dengan Status Hadis)

  • Nabi SAW membaca Al-A'la dan Al-Ghasyiyah dalam solat Hari Raya dan solat Jumaat. (HR Muslim 878)

Baca artikel penuh kelebihan dan tafsiran Surah Al-Ghasyiyah di ilmualam.com ↗

Soalan Lazim: Surah Al-Ghasyiyah

Berapa ayat dalam Surah Al-Ghasyiyah?

Surah Al-Ghasyiyah mengandungi 26 ayat (kiraan Kufah, riwayat Hafs) dan ialah surah ke-88 dalam Al-Quran.

Surah Al-Ghasyiyah dalam juzuk berapa?

Surah Al-Ghasyiyah terletak dalam Juz 30, pada muka surat 592 Mushaf Madinah 604 muka surat.

Apakah maksud Surah Al-Ghasyiyah?

Nama Al-Ghasyiyah bermaksud “Hari Pembalasan”. Ia surah Makkiyyah, iaitu diturunkan sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah.

Bilakah waktu terbaik membaca Surah Al-Ghasyiyah?

Solat Jumaat dan Hari Raya. Nabi SAW membaca Al-A'la dan Al-Ghasyiyah dalam solat Hari Raya dan solat Jumaat. — HR Muslim 878.

Adakah bacaan Rumi Surah Al-Ghasyiyah di sini cukup untuk belajar membaca?

Rumi hanya alat bantu. Ia tidak dapat menggambarkan makhraj dan hukum tajwid dengan tepat, jadi gunakan bersama audio qari dan sebaik-baiknya belajar secara bertalaqqi dengan guru.

Surah Sebelum, Selepas & Pilihan

Senarai 114 surah · Jadual khatam · Jadual hafazan · Juz 30 dan 29 juzuk lain · Sumber teks

Alat Lain