Ayat 1
▶ Dengarوَٱلسَّمَآءِ وَٱلطَّارِقِ ﴿1﴾
Wassamaaa'i wattaariq
Demi langit dan "At-Taariq"; -
Taip untuk mencari 114 surah, semua alat dan halaman. Tekan Enter untuk mencari dalam terjemahan ayat.
Baca Surah At-Tariq penuh 17 ayat dalam tulisan Arab, Rumi dan terjemahan Bahasa Melayu, dengan audio ayat demi ayat.
Jawapan ringkas: Surah At-Tariq ialah surah ke-86 dalam Al-Quran, surah Makkiyyah yang mengandungi 17 ayat, dalam Juz 30 (muka surat 591 Mushaf Madinah). Nama At-Tariq bermaksud “Yang Datang di Waktu Malam”. Setiap huruf yang dibaca diberi ganjaran yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).
| Perkara | Keterangan |
|---|---|
| Nombor surah | 86 daripada 114 |
| Nama Arab | الطارق |
| Maksud nama | Yang Datang di Waktu Malam |
| Bilangan ayat | 17 |
| Jenis | Makkiyyah |
| Juzuk | Juz 30 |
| Muka surat (Mushaf Madinah) | 591 (1 muka surat) |
Teks Arab Uthmani dan terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih, dipaparkan tanpa suntingan daripada dataset laman ini. Rumi hanya alat bantu bacaan. Tekan “▶ Dengar” untuk audio ayat itu dalam pembaca.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillaahir Rahmaanir Raheem
وَٱلسَّمَآءِ وَٱلطَّارِقِ ﴿1﴾
Wassamaaa'i wattaariq
Demi langit dan "At-Taariq"; -
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلطَّارِقُ ﴿2﴾
Wa maaa adraaka mattaariq
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu? -
ٱلنَّجْمُ ٱلثَّاقِبُ ﴿3﴾
Annajmus saaqib
(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);
إِن كُلُّ نَفْسٍۢ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌۭ ﴿4﴾
In kullu nafsil lammaa 'alaihaa haafiz
Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).
فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَٰنُ مِمَّ خُلِقَ ﴿5﴾
Fal yanzuril insaanu mimma khuliq
(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.
خُلِقَ مِن مَّآءٍۢ دَافِقٍۢ ﴿6﴾
Khuliqa mim maaa'in daafiq
Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -
يَخْرُجُ مِنۢ بَيْنِ ٱلصُّلْبِ وَٱلتَّرَآئِبِ ﴿7﴾
Yakhruju mim bainissulbi wat taraaa'ib
Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.
إِنَّهُۥ عَلَىٰ رَجْعِهِۦ لَقَادِرٌۭ ﴿8﴾
Innahoo 'alaa raj'ihee laqaadir
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),
يَوْمَ تُبْلَى ٱلسَّرَآئِرُ ﴿9﴾
Yawma tublas saraaa'ir
Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),
فَمَا لَهُۥ مِن قُوَّةٍۢ وَلَا نَاصِرٍۢ ﴿10﴾
Famaa lahoo min quwwatinw wa laa naasir
Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجْعِ ﴿11﴾
Wassamaaa'i zaatir raj'
Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,
وَٱلْأَرْضِ ذَاتِ ٱلصَّدْعِ ﴿12﴾
Wal ardi zaatis sad'
Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,
إِنَّهُۥ لَقَوْلٌۭ فَصْلٌۭ ﴿13﴾
Innahoo laqawlun fasl
Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),
وَمَا هُوَ بِٱلْهَزْلِ ﴿14﴾
Wa maa huwa bil hazl
Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.
إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًۭا ﴿15﴾
Innahum yakeedoona kaidaa
Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,
وَأَكِيدُ كَيْدًۭا ﴿16﴾
Wa akeedu kaidaa
Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).
فَمَهِّلِ ٱلْكَٰفِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًۢا ﴿17﴾
Famahhilil kaafireena amhilhum ruwaidaa
Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.
Tiada hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah At-Tariq setakat semakan kami. Ganjaran membaca Al-Quran secara umum:
Baca artikel penuh kelebihan dan tafsiran Surah At-Tariq di ilmualam.com ↗
Surah At-Tariq mengandungi 17 ayat (kiraan Kufah, riwayat Hafs) dan ialah surah ke-86 dalam Al-Quran.
Surah At-Tariq terletak dalam Juz 30, pada muka surat 591 Mushaf Madinah 604 muka surat.
Nama At-Tariq bermaksud “Yang Datang di Waktu Malam”. Ia surah Makkiyyah, iaitu diturunkan sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah.
Kami tidak menemui hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah At-Tariq. Ganjaran umum membaca Al-Quran tetap berlaku: setiap huruf diberi satu kebaikan yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).
Rumi hanya alat bantu. Ia tidak dapat menggambarkan makhraj dan hukum tajwid dengan tepat, jadi gunakan bersama audio qari dan sebaik-baiknya belajar secara bertalaqqi dengan guru.
Senarai 114 surah · Jadual khatam · Jadual hafazan · Juz 30 dan 29 juzuk lain · Sumber teks