Ayat 1
▶ Dengarأَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ ﴿1﴾
Ara-aital lazee yu kazzibu bid deen
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
Taip untuk mencari 114 surah, semua alat dan halaman. Tekan Enter untuk mencari dalam terjemahan ayat.
Baca Surah Al-Ma'un penuh 7 ayat dalam tulisan Arab, Rumi dan terjemahan Bahasa Melayu, dengan audio ayat demi ayat.
Jawapan ringkas: Surah Al-Ma'un ialah surah ke-107 dalam Al-Quran, surah Makkiyyah yang mengandungi 7 ayat, dalam Juz 30 (muka surat 602 Mushaf Madinah). Nama Al-Ma'un bermaksud “Barang yang Berguna”. Setiap huruf yang dibaca diberi ganjaran yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).
| Perkara | Keterangan |
|---|---|
| Nombor surah | 107 daripada 114 |
| Nama Arab | الماعون |
| Maksud nama | Barang yang Berguna |
| Bilangan ayat | 7 |
| Jenis | Makkiyyah |
| Juzuk | Juz 30 |
| Muka surat (Mushaf Madinah) | 602 (1 muka surat) |
Teks Arab Uthmani dan terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih, dipaparkan tanpa suntingan daripada dataset laman ini. Rumi hanya alat bantu bacaan. Tekan “▶ Dengar” untuk audio ayat itu dalam pembaca.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillaahir Rahmaanir Raheem
أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ ﴿1﴾
Ara-aital lazee yu kazzibu bid deen
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
فَذَٰلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلْيَتِيمَ ﴿2﴾
Fa zaalikal lazi yadu'ul-yateem
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ ﴿3﴾
Wa la ya huddu 'alaa ta'amil miskeen
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
فَوَيْلٌۭ لِّلْمُصَلِّينَ ﴿4﴾
Fa wai lul-lil mu salleen
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ﴿5﴾
Al lazeena hum 'an salaatihim sahoon
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ ﴿6﴾
Al lazeena hum yuraa-oon
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
وَيَمْنَعُونَ ٱلْمَاعُونَ ﴿7﴾
Wa yamna'oonal ma'oon
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
Tiada hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah Al-Ma'un setakat semakan kami. Ganjaran membaca Al-Quran secara umum:
Baca artikel penuh kelebihan dan tafsiran Surah Al-Ma'un di ilmualam.com ↗
Surah Al-Ma'un mengandungi 7 ayat (kiraan Kufah, riwayat Hafs) dan ialah surah ke-107 dalam Al-Quran.
Surah Al-Ma'un terletak dalam Juz 30, pada muka surat 602 Mushaf Madinah 604 muka surat.
Nama Al-Ma'un bermaksud “Barang yang Berguna”. Ia surah Makkiyyah, iaitu diturunkan sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah.
Kami tidak menemui hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah Al-Ma'un. Ganjaran umum membaca Al-Quran tetap berlaku: setiap huruf diberi satu kebaikan yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).
Rumi hanya alat bantu. Ia tidak dapat menggambarkan makhraj dan hukum tajwid dengan tepat, jadi gunakan bersama audio qari dan sebaik-baiknya belajar secara bertalaqqi dengan guru.
Senarai 114 surah · Jadual khatam · Jadual hafazan · Juz 30 dan 29 juzuk lain · Sumber teks