Ayat 1
▶ Dengarوَٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰ ﴿1﴾
Wallaili izaa yaghshaa
Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),
Taip untuk mencari 114 surah, semua alat dan halaman. Tekan Enter untuk mencari dalam terjemahan ayat.
Baca Surah Al-Lail penuh 21 ayat dalam tulisan Arab, Rumi dan terjemahan Bahasa Melayu, dengan audio ayat demi ayat.
Jawapan ringkas: Surah Al-Lail ialah surah ke-92 dalam Al-Quran, surah Makkiyyah yang mengandungi 21 ayat, dalam Juz 30 (muka surat 595–596 Mushaf Madinah). Nama Al-Lail bermaksud “Malam”. Setiap huruf yang dibaca diberi ganjaran yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).
| Perkara | Keterangan |
|---|---|
| Nombor surah | 92 daripada 114 |
| Nama Arab | الليل |
| Maksud nama | Malam |
| Bilangan ayat | 21 |
| Jenis | Makkiyyah |
| Juzuk | Juz 30 |
| Muka surat (Mushaf Madinah) | 595–596 (2 muka surat) |
Teks Arab Uthmani dan terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih, dipaparkan tanpa suntingan daripada dataset laman ini. Rumi hanya alat bantu bacaan. Tekan “▶ Dengar” untuk audio ayat itu dalam pembaca.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillaahir Rahmaanir Raheem
وَٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰ ﴿1﴾
Wallaili izaa yaghshaa
Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),
وَٱلنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّىٰ ﴿2﴾
Wannahaari izaa tajalla
Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;
وَمَا خَلَقَ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ ﴿3﴾
Wa maa khalaqaz zakara wal unthaa
Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); -
إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّىٰ ﴿4﴾
Inna sa'yakum lashattaa
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.
فَأَمَّا مَنْ أَعْطَىٰ وَٱتَّقَىٰ ﴿5﴾
Fa ammaa man a'taa wattaqaa
Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), -
وَصَدَّقَ بِٱلْحُسْنَىٰ ﴿6﴾
Wa saddaqa bil husnaa
Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,
فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْيُسْرَىٰ ﴿7﴾
Fasanu yassiruhoo lilyusraa
Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).
وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسْتَغْنَىٰ ﴿8﴾
Wa ammaa mam bakhila wastaghnaa
Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -
وَكَذَّبَ بِٱلْحُسْنَىٰ ﴿9﴾
Wa kazzaba bil husnaa
Serta ia mendustakan perkara yang baik,
فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْعُسْرَىٰ ﴿10﴾
Fasanu yassiruhoo lil'usraa
Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
وَمَا يُغْنِى عَنْهُ مَالُهُۥٓ إِذَا تَرَدَّىٰٓ ﴿11﴾
Wa maa yughnee 'anhu maaluhooo izaa taraddaa
Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabiha ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?
إِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدَىٰ ﴿12﴾
Inna 'alainaa lal hudaa
Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).
وَإِنَّ لَنَا لَلْءَاخِرَةَ وَٱلْأُولَىٰ ﴿13﴾
Wa inna lanaa lal Aakhirata wal oolaa
Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.
فَأَنذَرْتُكُمْ نَارًۭا تَلَظَّىٰ ﴿14﴾
Fa anzartukum naaran talazzaa
Maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang,
لَا يَصْلَىٰهَآ إِلَّا ٱلْأَشْقَى ﴿15﴾
Laa yaslaahaaa illal ashqaa
Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, -
ٱلَّذِى كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ﴿16﴾
Allazee kazzaba wa tawallaa
Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.
وَسَيُجَنَّبُهَا ٱلْأَتْقَى ﴿17﴾
Wa sa yujannnabuhal atqaa
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -
ٱلَّذِى يُؤْتِى مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ ﴿18﴾
Allazee yu'tee maalahoo yatazakkaa
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُۥ مِن نِّعْمَةٍۢ تُجْزَىٰٓ ﴿19﴾
Wa maa li ahadin 'indahoo min ni'matin tujzaaa
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ ٱلْأَعْلَىٰ ﴿20﴾
Illab tighaaa'a wajhi rabbihil a 'laa
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ ﴿21﴾
Wa lasawfa yardaa
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).
Tiada hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah Al-Lail setakat semakan kami. Ganjaran membaca Al-Quran secara umum:
Baca artikel penuh kelebihan dan tafsiran Surah Al-Lail di ilmualam.com ↗
Surah Al-Lail mengandungi 21 ayat (kiraan Kufah, riwayat Hafs) dan ialah surah ke-92 dalam Al-Quran.
Surah Al-Lail terletak dalam Juz 30, pada muka surat 595–596 Mushaf Madinah 604 muka surat.
Nama Al-Lail bermaksud “Malam”. Ia surah Makkiyyah, iaitu diturunkan sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah.
Kami tidak menemui hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah Al-Lail. Ganjaran umum membaca Al-Quran tetap berlaku: setiap huruf diberi satu kebaikan yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).
Rumi hanya alat bantu. Ia tidak dapat menggambarkan makhraj dan hukum tajwid dengan tepat, jadi gunakan bersama audio qari dan sebaik-baiknya belajar secara bertalaqqi dengan guru.
Senarai 114 surah · Jadual khatam · Jadual hafazan · Juz 30 dan 29 juzuk lain · Sumber teks