Ayat 1
▶ Dengarوَٱلْعَٰدِيَٰتِ ضَبْحًۭا ﴿1﴾
Wal'aadi yaati dabha
Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
Taip untuk mencari 114 surah, semua alat dan halaman. Tekan Enter untuk mencari dalam terjemahan ayat.
Baca Surah Al-'Adiyat penuh 11 ayat dalam tulisan Arab, Rumi dan terjemahan Bahasa Melayu, dengan audio ayat demi ayat.
Jawapan ringkas: Surah Al-'Adiyat ialah surah ke-100 dalam Al-Quran, surah Makkiyyah yang mengandungi 11 ayat, dalam Juz 30 (muka surat 599–600 Mushaf Madinah). Nama Al-'Adiyat bermaksud “Kuda Perang yang Berlari Kencang”. Setiap huruf yang dibaca diberi ganjaran yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).
| Perkara | Keterangan |
|---|---|
| Nombor surah | 100 daripada 114 |
| Nama Arab | العاديات |
| Maksud nama | Kuda Perang yang Berlari Kencang |
| Bilangan ayat | 11 |
| Jenis | Makkiyyah |
| Juzuk | Juz 30 |
| Muka surat (Mushaf Madinah) | 599–600 (2 muka surat) |
Teks Arab Uthmani dan terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih, dipaparkan tanpa suntingan daripada dataset laman ini. Rumi hanya alat bantu bacaan. Tekan “▶ Dengar” untuk audio ayat itu dalam pembaca.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillaahir Rahmaanir Raheem
وَٱلْعَٰدِيَٰتِ ضَبْحًۭا ﴿1﴾
Wal'aadi yaati dabha
Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
فَٱلْمُورِيَٰتِ قَدْحًۭا ﴿2﴾
Fal moori yaati qadha
Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
فَٱلْمُغِيرَٰتِ صُبْحًۭا ﴿3﴾
Fal mugheeraati subha
Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,
فَأَثَرْنَ بِهِۦ نَقْعًۭا ﴿4﴾
Fa atharna bihee naq'a
Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,
فَوَسَطْنَ بِهِۦ جَمْعًا ﴿5﴾
Fawa satna bihee jam'a
Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;
إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لِرَبِّهِۦ لَكَنُودٌۭ ﴿6﴾
Innal-insana lirabbihee lakanood
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
وَإِنَّهُۥ عَلَىٰ ذَٰلِكَ لَشَهِيدٌۭ ﴿7﴾
Wa innahu 'alaa zaalika la shaheed
Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;
وَإِنَّهُۥ لِحُبِّ ٱلْخَيْرِ لَشَدِيدٌ ﴿8﴾
Wa innahu lihubbil khairi la shadeed
Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
۞ أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِى ٱلْقُبُورِ ﴿9﴾
Afala ya'lamu iza b'uthira ma filquboor
(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?
وَحُصِّلَ مَا فِى ٱلصُّدُورِ ﴿10﴾
Wa hussila maa fis sudoor
Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?
إِنَّ رَبَّهُم بِهِمْ يَوْمَئِذٍۢ لَّخَبِيرٌۢ ﴿11﴾
Inna rabbahum bihim yauma 'izil la khabeer
Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.
Tiada hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah Al-'Adiyat setakat semakan kami. Ganjaran membaca Al-Quran secara umum:
Baca artikel penuh kelebihan dan tafsiran Surah Al-'Adiyat di ilmualam.com ↗
Surah Al-'Adiyat mengandungi 11 ayat (kiraan Kufah, riwayat Hafs) dan ialah surah ke-100 dalam Al-Quran.
Surah Al-'Adiyat terletak dalam Juz 30, pada muka surat 599–600 Mushaf Madinah 604 muka surat.
Nama Al-'Adiyat bermaksud “Kuda Perang yang Berlari Kencang”. Ia surah Makkiyyah, iaitu diturunkan sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah.
Kami tidak menemui hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah Al-'Adiyat. Ganjaran umum membaca Al-Quran tetap berlaku: setiap huruf diberi satu kebaikan yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).
Rumi hanya alat bantu. Ia tidak dapat menggambarkan makhraj dan hukum tajwid dengan tepat, jadi gunakan bersama audio qari dan sebaik-baiknya belajar secara bertalaqqi dengan guru.
Senarai 114 surah · Jadual khatam · Jadual hafazan · Juz 30 dan 29 juzuk lain · Sumber teks