Ayat 1
▶ Dengarلَآ أُقْسِمُ بِيَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ ﴿1﴾
Laaa uqsimu bi yawmil qiyaamah
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
Taip untuk mencari 114 surah, semua alat dan halaman. Tekan Enter untuk mencari dalam terjemahan ayat.
Baca Surah Al-Qiyamah penuh 40 ayat dalam tulisan Arab, Rumi dan terjemahan Bahasa Melayu, dengan audio ayat demi ayat.
Jawapan ringkas: Surah Al-Qiyamah ialah surah ke-75 dalam Al-Quran, surah Makkiyyah yang mengandungi 40 ayat, dalam Juz 29 (muka surat 577–578 Mushaf Madinah). Nama Al-Qiyamah bermaksud “Hari Kiamat”. Setiap huruf yang dibaca diberi ganjaran yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).
| Perkara | Keterangan |
|---|---|
| Nombor surah | 75 daripada 114 |
| Nama Arab | القيامة |
| Maksud nama | Hari Kiamat |
| Bilangan ayat | 40 |
| Jenis | Makkiyyah |
| Juzuk | Juz 29 |
| Muka surat (Mushaf Madinah) | 577–578 (2 muka surat) |
Teks Arab Uthmani dan terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih, dipaparkan tanpa suntingan daripada dataset laman ini. Rumi hanya alat bantu bacaan. Tekan “▶ Dengar” untuk audio ayat itu dalam pembaca.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillaahir Rahmaanir Raheem
لَآ أُقْسِمُ بِيَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ ﴿1﴾
Laaa uqsimu bi yawmil qiyaamah
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
وَلَآ أُقْسِمُ بِٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ ﴿2﴾
Wa laaa uqsimu bin nafsil lawwaamah
Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ ﴿3﴾
Ayahsabul insaanu al lan najm'a 'izaamah
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ ﴿4﴾
Balaa qaadireena 'alaaa an nusawwiya banaanah
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
بَلْ يُرِيدُ ٱلْإِنسَٰنُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُۥ ﴿5﴾
Bal yureedul insaanu liyafjura amaamah
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
يَسْـَٔلُ أَيَّانَ يَوْمُ ٱلْقِيَٰمَةِ ﴿6﴾
Yas'alu ayyyaana yawmul qiyaamah
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
فَإِذَا بَرِقَ ٱلْبَصَرُ ﴿7﴾
Fa izaa bariqal basar
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
وَخَسَفَ ٱلْقَمَرُ ﴿8﴾
We khasafal qamar
Dan bulan hilang cahayanya,
وَجُمِعَ ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ ﴿9﴾
Wa jumi'ash shamusu wal qamar
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
يَقُولُ ٱلْإِنسَٰنُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ ٱلْمَفَرُّ ﴿10﴾
Yaqoolul insaanu yaw ma 'izin aynal mafarr
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
كَلَّا لَا وَزَرَ ﴿11﴾
Kallaa laa wazar
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ ٱلْمُسْتَقَرُّ ﴿12﴾
Ilaa rabbika yawma 'izinil mustaqarr
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
يُنَبَّؤُا۟ ٱلْإِنسَٰنُ يَوْمَئِذٍۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ ﴿13﴾
Yunabba 'ul insaanu yawma 'izim bimaa qaddama wa akhkhar
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
بَلِ ٱلْإِنسَٰنُ عَلَىٰ نَفْسِهِۦ بَصِيرَةٌۭ ﴿14﴾
Balil insaanu 'alaa nafsihee baseerah
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُۥ ﴿15﴾
Wa law alqaa ma'aazeerah
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ ﴿16﴾
Laa tuharrik bihee lisaa naka lita'jala bih
Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُۥ وَقُرْءَانَهُۥ ﴿17﴾
Inna 'alainaa jam'ahoo wa qur aanah
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
فَإِذَا قَرَأْنَٰهُ فَٱتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ ﴿18﴾
Fa izaa qaraanaahu fattabi' qur aanah
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُۥ ﴿19﴾
Summa inna 'alainaa bayaanah
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ ﴿20﴾
Kallaa bal tuhibboonal 'aajilah
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
وَتَذَرُونَ ٱلْءَاخِرَةَ ﴿21﴾
Wa tazaroonal Aakhirah
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ نَّاضِرَةٌ ﴿22﴾
Wujoohuny yawma 'izin naadirah
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌۭ ﴿23﴾
Ilaa rabbihaa naazirah
Melihat kepada Tuhannya.
وَوُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۭ بَاسِرَةٌۭ ﴿24﴾
Wa wujoohuny yawma 'izim baasirah
Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌۭ ﴿25﴾
Tazunnu any yuf'ala bihaa faaqirah
Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ ﴿26﴾
Kallaaa izaa balaghatit taraaqee
Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍۢ ﴿27﴾
Wa qeela man raaq
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلْفِرَاقُ ﴿28﴾
Wa zanna annahul firaaq
Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
وَٱلْتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ ﴿29﴾
Waltaffatis saaqu bissaaq
Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ ٱلْمَسَاقُ ﴿30﴾
Ilaa rabbika yawma'izinil masaaq
(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ ﴿31﴾
Falaa saddaqa wa laa sallaa
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
وَلَٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ﴿32﴾
Wa laakin kazzaba wa tawalla
Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ ﴿33﴾
Summa zahaba ilaaa ahlihee yatamatta
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ ﴿34﴾
Awlaa laka fa awlaa
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰٓ ﴿35﴾
Summa awlaa laka fa awla
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَن يُتْرَكَ سُدًى ﴿36﴾
Ayahsabul insaanu anyytraka sudaa
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
أَلَمْ يَكُ نُطْفَةًۭ مِّن مَّنِىٍّۢ يُمْنَىٰ ﴿37﴾
Alam yaku nutfatam mim maniyyiny yumnaa
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
ثُمَّ كَانَ عَلَقَةًۭ فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ ﴿38﴾
Summa kaana 'alaqata fakhalaq fasawwaa
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
فَجَعَلَ مِنْهُ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ ﴿39﴾
Faja'ala minhuz zawjayniz zakara wal unsaa
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
أَلَيْسَ ذَٰلِكَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحْۦِىَ ٱلْمَوْتَىٰ ﴿40﴾
Alaisa zaalika biqaadirin 'alaaa any yuhyiyal mawtaa
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!
Tiada hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah Al-Qiyamah setakat semakan kami. Ganjaran membaca Al-Quran secara umum:
Baca artikel penuh kelebihan dan tafsiran Surah Al-Qiyamah di ilmualam.com ↗
Surah Al-Qiyamah mengandungi 40 ayat (kiraan Kufah, riwayat Hafs) dan ialah surah ke-75 dalam Al-Quran.
Surah Al-Qiyamah terletak dalam Juz 29, pada muka surat 577–578 Mushaf Madinah 604 muka surat.
Nama Al-Qiyamah bermaksud “Hari Kiamat”. Ia surah Makkiyyah, iaitu diturunkan sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah.
Kami tidak menemui hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah Al-Qiyamah. Ganjaran umum membaca Al-Quran tetap berlaku: setiap huruf diberi satu kebaikan yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).
Rumi hanya alat bantu. Ia tidak dapat menggambarkan makhraj dan hukum tajwid dengan tepat, jadi gunakan bersama audio qari dan sebaik-baiknya belajar secara bertalaqqi dengan guru.
Senarai 114 surah · Jadual khatam · Jadual hafazan · Juz 29 dan 29 juzuk lain · Sumber teks