Al-Quran Online

Taip untuk mencari 114 surah, semua alat dan halaman. Tekan Enter untuk mencari dalam terjemahan ayat.

Surah 'Abasa (عبس): Bacaan Penuh Arab, Rumi & Terjemahan

Baca Surah 'Abasa penuh 42 ayat dalam tulisan Arab, Rumi dan terjemahan Bahasa Melayu, dengan audio ayat demi ayat.

🎧 Baca & dengar dengan audio 5 qari

Ringkasan

Jawapan ringkas: Surah 'Abasa ialah surah ke-80 dalam Al-Quran, surah Makkiyyah yang mengandungi 42 ayat, dalam Juz 30 (muka surat 585 Mushaf Madinah). Nama 'Abasa bermaksud “Dia Bermasam Muka”. Setiap huruf yang dibaca diberi ganjaran yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).

Dikemas kini: · Disediakan oleh pasukan editorial The Ilmu Alam · Cara kami menyemak

Fakta Surah 'Abasa

PerkaraKeterangan
Nombor surah80 daripada 114
Nama Arabعبس
Maksud namaDia Bermasam Muka
Bilangan ayat42
JenisMakkiyyah
JuzukJuz 30
Muka surat (Mushaf Madinah)585 (1 muka surat)

Bacaan Surah 'Abasa Penuh (42 Ayat)

Teks Arab Uthmani dan terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih, dipaparkan tanpa suntingan daripada dataset laman ini. Rumi hanya alat bantu bacaan. Tekan “▶ Dengar” untuk audio ayat itu dalam pembaca.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Ayat 1

▶ Dengar

عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ ﴿1﴾

'Abasa wa tawallaa.

Ia memasamkan muka dan berpaling,

Ayat 2

▶ Dengar

أَن جَآءَهُ ٱلْأَعْمَىٰ ﴿2﴾

An jaa-ahul 'a-maa

Kerana ia didatangi orang buta.

Ayat 3

▶ Dengar

وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ ﴿3﴾

Wa maa yudreeka la'allahu yaz zakkaa.

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -

Ayat 4

▶ Dengar

أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكْرَىٰٓ ﴿4﴾

Au yaz zak karu fatanfa 'ahuz zikraa.

Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

Ayat 5

▶ Dengar

أَمَّا مَنِ ٱسْتَغْنَىٰ ﴿5﴾

Amma manis taghnaa

Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),

Ayat 6

▶ Dengar

فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ ﴿6﴾

Fa-anta lahu tasaddaa

Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.

Ayat 7

▶ Dengar

وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ ﴿7﴾

Wa ma 'alaika allaa yaz zakka.

Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).

Ayat 8

▶ Dengar

وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسْعَىٰ ﴿8﴾

Wa amma man jaa-aka yas'a

Adapun orang yang segera datang kepadamu,

Ayat 9

▶ Dengar

وَهُوَ يَخْشَىٰ ﴿9﴾

Wahuwa yakhshaa,

Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -

Ayat 10

▶ Dengar

فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ ﴿10﴾

Fa-anta 'anhu talah haa.

Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.

Ayat 11

▶ Dengar

كَلَّآ إِنَّهَا تَذْكِرَةٌۭ ﴿11﴾

Kalla innaha tazkirah

Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).

Ayat 12

▶ Dengar

فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ ﴿12﴾

Faman shaa a zakarah

Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

Ayat 13

▶ Dengar

فِى صُحُفٍۢ مُّكَرَّمَةٍۢ ﴿13﴾

Fi suhufim mukar rama,

(Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, -

Ayat 14

▶ Dengar

مَّرْفُوعَةٍۢ مُّطَهَّرَةٍۭ ﴿14﴾

Marfoo'atim mutah hara,

Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), -

Ayat 15

▶ Dengar

بِأَيْدِى سَفَرَةٍۢ ﴿15﴾

Bi'aidee safara

(Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;

Ayat 16

▶ Dengar

كِرَامٍۭ بَرَرَةٍۢ ﴿16﴾

Kiraamim bararah.

(Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.

Ayat 17

▶ Dengar

قُتِلَ ٱلْإِنسَٰنُ مَآ أَكْفَرَهُۥ ﴿17﴾

Qutilal-insanu maa akfarah.

Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?

Ayat 18

▶ Dengar

مِنْ أَىِّ شَىْءٍ خَلَقَهُۥ ﴿18﴾

Min aiyyi shai-in Khalaq

(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -

Ayat 19

▶ Dengar

مِن نُّطْفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ ﴿19﴾

Min nutfah; khalaqahu faqad-darah.

Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;

Ayat 20

▶ Dengar

ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ ﴿20﴾

Thummas sabeela yas-sarah

Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);

Ayat 21

▶ Dengar

ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقْبَرَهُۥ ﴿21﴾

Thumma amatahu fa-aqbarah

Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;

Ayat 22

▶ Dengar

ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُۥ ﴿22﴾

Thumma iza shaa-a ansharah

Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).

Ayat 23

▶ Dengar

كَلَّا لَمَّا يَقْضِ مَآ أَمَرَهُۥ ﴿23﴾

Kalla lamma yaqdi maa amarah.

Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.

Ayat 24

▶ Dengar

فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ ﴿24﴾

Falyanzuril insanu ilaa ta-amih

(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):

Ayat 25

▶ Dengar

أَنَّا صَبَبْنَا ٱلْمَآءَ صَبًّۭا ﴿25﴾

Anna sabab nalmaa-a sabba.

Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.

Ayat 26

▶ Dengar

ثُمَّ شَقَقْنَا ٱلْأَرْضَ شَقًّۭا ﴿26﴾

Thumma sha qaqnal-arda shaqqa.

Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -

Ayat 27

▶ Dengar

فَأَنۢبَتْنَا فِيهَا حَبًّۭا ﴿27﴾

Fa ambatna feeha habba

Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,

Ayat 28

▶ Dengar

وَعِنَبًۭا وَقَضْبًۭا ﴿28﴾

Wa 'inabaw-wa qadba

Dan buah anggur serta sayur-sayuran,

Ayat 29

▶ Dengar

وَزَيْتُونًۭا وَنَخْلًۭا ﴿29﴾

Wa zaitoonaw wanakh la'

Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,

Ayat 30

▶ Dengar

وَحَدَآئِقَ غُلْبًۭا ﴿30﴾

Wa hadaa-iqa ghulba

Dan taman-taman yang menghijau subur,

Ayat 31

▶ Dengar

وَفَٰكِهَةًۭ وَأَبًّۭا ﴿31﴾

Wa faki hataw-wa abba.

Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -

Ayat 32

▶ Dengar

مَّتَٰعًۭا لَّكُمْ وَلِأَنْعَٰمِكُمْ ﴿32﴾

Mata'al-lakum wa li-an'amikum.

Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

Ayat 33

▶ Dengar

فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ ﴿33﴾

Faiza jaa-atis saakhah.

Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, -

Ayat 34

▶ Dengar

يَوْمَ يَفِرُّ ٱلْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ ﴿34﴾

Yauma yafir-rul mar-u min akheeh

Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

Ayat 35

▶ Dengar

وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ ﴿35﴾

Wa ummihee wa abeeh

Dan ibunya serta bapanya,

Ayat 36

▶ Dengar

وَصَٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ ﴿36﴾

Wa sahi batihee wa baneeh.

Dan isterinya serta anak-anaknya; -

Ayat 37

▶ Dengar

لِكُلِّ ٱمْرِئٍۢ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍۢ شَأْنٌۭ يُغْنِيهِ ﴿37﴾

Likul limri-im-minuhm yaumaa-izin shaa nuy-yughneeh

Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Ayat 38

▶ Dengar

وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ مُّسْفِرَةٌۭ ﴿38﴾

Wujoo huny-yauma-izim-musfira;

Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

Ayat 39

▶ Dengar

ضَاحِكَةٌۭ مُّسْتَبْشِرَةٌۭ ﴿39﴾

Dahi katum mustab shirah

Tertawa, lagi bersuka ria;

Ayat 40

▶ Dengar

وَوُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌۭ ﴿40﴾

Wa wujoohuy yauma-izin 'alaiha ghabar a

Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,

Ayat 41

▶ Dengar

تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ ﴿41﴾

Tarhaquha qatarah.

Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. -

Ayat 42

▶ Dengar

أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْكَفَرَةُ ٱلْفَجَرَةُ ﴿42﴾

Ulaa-ika humul-kafa ratul-fajarah.

Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

Kelebihan Membaca Surah 'Abasa

Tiada hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah 'Abasa setakat semakan kami. Ganjaran membaca Al-Quran secara umum:

  • Setiap huruf Al-Quran yang dibaca diberi satu kebaikan, dan satu kebaikan digandakan sepuluh kali. (HR At-Tirmizi 2910)
  • Orang yang mahir membaca Al-Quran bersama para malaikat yang mulia, dan orang yang membacanya tersekat-sekat dengan susah payah mendapat dua pahala. (HR Al-Bukhari 4937 dan Muslim 798)

Baca artikel penuh kelebihan dan tafsiran Surah 'Abasa di ilmualam.com ↗

Soalan Lazim: Surah 'Abasa

Berapa ayat dalam Surah 'Abasa?

Surah 'Abasa mengandungi 42 ayat (kiraan Kufah, riwayat Hafs) dan ialah surah ke-80 dalam Al-Quran.

Surah 'Abasa dalam juzuk berapa?

Surah 'Abasa terletak dalam Juz 30, pada muka surat 585 Mushaf Madinah 604 muka surat.

Apakah maksud Surah 'Abasa?

Nama 'Abasa bermaksud “Dia Bermasam Muka”. Ia surah Makkiyyah, iaitu diturunkan sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah.

Adakah hadis tentang kelebihan khusus Surah 'Abasa?

Kami tidak menemui hadis sahih yang masyhur tentang fadhilat khusus Surah 'Abasa. Ganjaran umum membaca Al-Quran tetap berlaku: setiap huruf diberi satu kebaikan yang digandakan sepuluh (HR At-Tirmizi 2910).

Adakah bacaan Rumi Surah 'Abasa di sini cukup untuk belajar membaca?

Rumi hanya alat bantu. Ia tidak dapat menggambarkan makhraj dan hukum tajwid dengan tepat, jadi gunakan bersama audio qari dan sebaik-baiknya belajar secara bertalaqqi dengan guru.

Surah Sebelum, Selepas & Pilihan

Senarai 114 surah · Jadual khatam · Jadual hafazan · Juz 30 dan 29 juzuk lain · Sumber teks

Alat Lain